Islamic Widget

Falsafah

;

Saturday, November 14, 2009

Fadhilat Solat



FAdhiLat Solat











Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi





Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ¨ö malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad


Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim


Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani


















Friday, November 13, 2009

hukum memakai pakaian labuh di bawah buku lali

Hukum Memakai pakaian labuh di bawah buku lali
Daripada : Mohd Masri ( 30 April 2007)
sama-sama kita menghayati......

Pertanyaan:Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Sebahagian orang ada yangmemendekkan pakaiannya di atas kedua mata kaki, tapi seluarnya tetappanjang. Apakah hukum hal itu?
Jawapan.Isbal adalah perbuatan haram dan mungkar, sama sahaja sama ada hal itu terjadipada baju atau sarung. Dan Isbal adalah yang melewati kedua buku lali berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam.
“Apa yang di bawah kedua mata buku lali berupa sarung, maka tempatnya di neraka.”[Hadits Riwayat Bukhari]
Dan baginda Shalallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:
“Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada harikiamat, tidak dilihat dan tidak disucikan daripada dosa serta mereka akanmendapat azab yang sangat pedih, iaitu pelaku Isbal, pengungkit pemberiandan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” [HaditsRiwayat Muslim dalam shahihnya]
Baginda SAW juga bersabda kepaada sebagian para sahabatnya:
“Jauhilah Isbal olehmu kerana itu termasuk kesombongan.” [Hadits RiwayatAbu Daud dan Turmudzi dengan sanad yang shahih]
Hadits-hadits ini menunjukkan bahawa Isbal termasuk salah satu dosa besar,walaupun pelakunya mengira bahawa dia tidak berniat sombong ketikamelakukannya, berdasarkan keumumannya.
Adapun orang yang melakukannya kerana sombong, maka dosanya lebih besarberdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam :
“Siapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, Allah tidak akan melihatnyadi hari kiamat.” [Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ini kerana perbuatan itu menggabungkan antara Isbal dan kesombongan. Kita mengharapkepada Allah agar Dia memberi keampunan.
Adapun ucapan Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Bakar ketika diaberkata kepada baginda: ” Wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam,sarungku sering turun kecuali kalau aku benar-benar menjaganya.” Maka NabiShallallaahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya :
“Engkau tidak termasuk orang yang melakukan hal itu kerana sombong.” [HaditsRiwayat Bukhari dan Muslim]
Hadits ini tidak menunjukkan bahwa Isbal boleh dilakukan bagi orang yangtidak kerana sombong. Tetapi hadits ini menujukkan bahawa orang yang sarungnyaatau seluarnya melurut tanpa niat sombong kemudian dia benar-benarmen jaganya dan membetulkannya tidaklah berdosa.
Adapun menurunkan seluar di bawah kedua buku lali yang dilakukan sebahagianorang adalah perbuatan yang dilarang. Dan yang sesuai dengan sunnah adalahhendak jubah atau yang sejenisnya, hujungnya berada antara setengah betissampai buku lali dengan mengamalkan semua hadits-hadits tadi. Dan Allahadalah sebaik-baik pemberi taufiq.
[Fatwa Syaikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz dinukil dari Majalah Ad Da'wahhal 220]http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=631&bagian=0
[Disalin dari kitab Tadzkiirusy Syabaab Bimaa Jaa’a Fii Isbaalis Siyab,edisi Indonesia Hukum Isbal Menurunkan Pakaian Dibawah Mata Kaki, alihbahasa Muhammad Ali bin Ismail, hal 23-25 Terbitan Maktabah Adz-Dzahabi]

Tuesday, November 10, 2009

Tips nk pikat perempuan....


6 cara pikat perempuan

Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atau komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.


1. Jadilah lelaki pemaaf
Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang terkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu biarkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.


2. Jangan mudah berputus asa
Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas dan jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuan juga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.


3. Komitmen
Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.


4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu...


5. Berkongsi pendapat
Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.


6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.


moga2 tips ini berguna ya bg lelaki2 di luar sana....x salah mengaplikasikan tip2 ini.....hehe..mg dapat jodoh yang diinginkan...insyaAllah

Thursday, November 5, 2009

tekanan hidup yang extrem....





salam......


Sem 3 masa yang paling mencabar ana rase.........stress sepanjang masa.......emosi x stabil....hebat sungguh ujian Allah......kadang-kadang ana rase x termampu untuk mghadapi segala dugaan yang mendatang.......tapi sehebat mana ujian yang Allah beri kepada ana....hebat lagi ujian Allah terhadap rasul-rasul, para shuhada, ulama dan pejuang-pejuang yang x pernah mati semangat jihad mereka.......

apakah patut ana buat?......kena jumpa kaunselor?.....mintk bantuan kawan-kawan?.....ana betul2 x tahu nk buat camane.........ana selalu sangat nk berada di atas....nk sentiasa cemerlang...tapi bila ana berada di bawah ana mengeluh.......x patut kan ana buat camnie.......zalim sungguh ana nie....x bersyukur dengan Rahmat Allah........bila dapat berada di atas suka sangat..bila berada di bwh...mgeluh macam2...Ya Allah ampunkanlah aku!!!!...

Betul kata sahabat ana.....
'Adakala Allah memberi tanpa sempat kita menadah tangan kerana Allah mengerti keperluan Hambanya. kadangkala Allah mengambil semula tanpa sempat kita bersedia kerana Allah ingin mguji hambanya'

Kita x semestinya dapat ape yang kita mahu setiap masa.......tapi ana takut untuk berada di bawah.....x tahu camne nk menghadapi situasi ini ( ana takut jadi putus asa )....x dapat menerima hakikat....kerana terlalu lama ana berada di atas....x taulah camane ana 6ti bila berada di bawah...Ya Allah kuatkanlah kesabaranku untuk menghadapi segala dugaanMU.....sahabat-sahabatku.....doakanlah daku selalu............




Monday, October 19, 2009

salam perjuangan sahabat-sahabatku semua untuk final exam


salam......


lame doh ana tok update blog...rase gatal lak tangan nie nak menulis sikit...mklumlah x reti sangat nak berblog nie....


apapun ana nk ucap selamat berjuanglah sahabat-sahabatku yang gigih menelaah pelajaran sampai lewat pagi...mg dapat jwb soalan dngan tenang dan x cuai lah....


cikgu ana selalu pesan...klau kita rase senang jwb soalan exam..kita pun doalah kwn kita supaya senang jwb soalan sepertimana kita senang jawab soalan...kira ade perkaitan lah...macam directly proportional to...hehe.....


ana juga mohon maaf sekiranya ade kekhilafan yang pernah ana lakukan terhadap sahabat ana semua secara terang-terangan mahupun tersembunyi...jika ada ana buat kalian terasa hati...maaf lah ana....ana x sempurna....masih byk perlu dipelajari....


sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah,...doalah kejayaan ana juga.....ana rase sem nie lah paling mencabar....memang teruk....ana dapat rasekan tekanan yang begitu extreme..x dapat nk diperjelaskan....buat2 ceria sebab x mau org lain nampk ana stress.....ana pun akan selalu mendoakan sahabat-sahabatku sekalian moga sentiasa dapat mghadapai dugaan yang mendatang....


salam imtihan.......usaha dahulu sehabis baik, then, tawakkal kepada Allah, insyaAllah berjaya.....

good luck!!!!!!

Thursday, September 17, 2009

baju cikgu pizik





salam...


wah!!!!....gembira sungguh ana rase...akhirnya siap jugak design baju tuk ckgu2 pizik...tp tu smua hasil kerjasama semua ckgu2 pizik....terutama taufik lah yg bkerja keras modified design nie....mekasih taufik.....baju kita warna ungu jalur putih...agak cantik.....

insyaAllah pas raye leh tempah..... harap2 dengan adenya baju nie...makin rapat lah hbungn degn antra ckgu2 pizik semua tak kira sem berape....sebb design nie open kpd smua ckgu pizik bgsetiap sem.....tapi kita fokus ke sem 1.......
kita kenal x adik2 sem 1????diorng perlu bimbingan....jom kita pkat bantu mereka.....
anggap mereka cam adik kita.......
darah pizik yang mgalir dalam darah kita akan sentisa diperjuangkan..insyAAllah.

Wednesday, September 9, 2009

Al- Quran Kalamullah







salam......


Al-Quran adalah Kalamullah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhamad S.A.W.... Ilmu yang terkandung di dalam Al-Quran sangat luas dan saintifik sehingga tidak dapat ditandingi oleh mane2 mkhluk Allah...
Renungkanlah dan Pikirkanlah.....

Setiap hari kita membaca buku kan?..tak kira lah baca buku akademik mahupun buku2 hiburan termasuklah novel,komik,mangga dan sebagainya....adakah pembacaan sebegini penting??
Dimana pembacaan Al-Quran????....kita lupa nk baca ?..tak ade masa nk baca? x pandai nk baca? malu nk baca?.....kita sebagai hamba Allah kena sentiasa muhasabah diri....adakah kita pkir ilmu kita belajar sekarang lebih penting dari ilmu Al-Quran??...pasti jwpnnya tidak..
ilmu yang kita bljar sekarang hanya sedikit sahaja berbanding ilmu Al-Quran yang merupakan Kalamullah.....


Jadi apa tunggu lagi!!!!.....pasangkan niat dan Azam di bulan Ramadan yang Berkat ini, kita baca Al-quran sekali sehari dah mencukupi...satu ayat pun dah memadai untuk melatih kita mndekatkan diri dengan Al-Quran...ingat !!!!!...besar pahala kita dapat apabila kita baca Al-Quran...satu huruf di dalam Al-Quran kita sebut akan diberi ganjaran 10 pahala....bygkanlah klau satu ayat ada 10 kalimah dan setiap kalimah ada 5 huruf...pahala yng akan dapat ialah 500 pahala..tu baru satu ayat...klau sepuluh ayat???....wah!!!!...memang besar pahalanya...sama2 lah kita mendapatkannya....free je pahala kita dapat..ingat benda yng baik susah nk buat..benda jht senang sangat nk buat.....


coclusinya....sy menyeru diri ana dan shabt-sahbat yng disayangi Allah semua...marilah kita sama2 memperbykkan bacaan Al-Quran....jadikanlah amaln bacaab Al-Quran sebagai rutin harian kita...insyAAllah..







Sunday, September 6, 2009

Alhabib Islamic Greeting Card

Sajak Buat Temanku Tersayang


Teman, aku ingin.....

teman tersayang,

aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,

persahabatan dijalin kerana al-Khalid,

harta dikorban bukan sedikit,

cintakan kebenaran, sanggup bersakit.


serta tawakkal Ibrahim mulia,

ketika meninggalkan insan tercinta,

di bumi taandus tanpa bicara,

menyakini Allah sebagai Penjaga.


Aku impikan antara kita seorang Umar,

berdiri tatkala tunduknya manusia,

bersuara tatkala diamnya mereka,

menggerunkan musuh durjana.


serta senyuman Syed al-Qutb,

ketika berhadapan dengan tali maut,

akidah mantap tidak terrenggut,

roh dakwahnya tidak surut.


Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,

menahan penahan Hajjaj dengan rela,

bersama si ibu tua,

lantas syahid, rohnya ke syurga.


marilah kita menyemai benih Hasan al-Banna,

fikirannya jernih, menggegar dunia,

merelakan tubuhnya dimamah peluru,

demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.


aku cintakan pemuda Giffari,

menentang kezaliman walaupun diancam,

moga kan lahir lagi di abad ini,

jiwa jitu pemuda yang x pernah suram.


Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,

tetap mencintai saudaranya,

walaupun dihumban ke perigi tua,

terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.


Aku ingin pusara kita harum mewangi,

bagai harumnya pusara Masyitah,

semerbak kasturi,


Aku ingin persahabatn indah ini,

bisa menjadi syafaat,

di mahkamah Masyar nanti.



Terima kasih semua sahabat-sahabatku,

kaulah yang menjadi nadi kepadaku di dunia,

tanpa kau tidak kan ku dapat menjadi insan tawadduk,

moga persahabatan kita semua diredai Allah S.W.T.....


Thursday, September 3, 2009

formula org datang ke masjid di bulan Ramadan




salam.....

erm......dah masuk fasa kedua ya kita berpuasa....wah!!.......mknenya kita dah nak raye......hehe..

jgn seronok dulu......kita sepatutnya makin memperbykkan amalan di fasa 2 dan 3 ramadan...tapi nape ana tengok org kat masjid makin berkurang?....makin nk abis bulan pose makin sedikit org kat masjid....ana buat relationship... no of people come to mosque is inversely proportional to the no of day in ramadan....
no of people come to mosque = K /( no of day in ramadan)

k = constant..

so, to prove this law, we must consider the no of people who come to mosque..
as a conclusion, when the no of day in ramadan incearease, the no of people who come to mosque will be deacrease......

so, please!!!!!!!
jagn biarkan formula ini wujud bagi umat islam...
kita kena perbetulkan formula yang ada....
sepatutnya.....
no of people come to mosque is directly proportional to the no of day in Ramadan......
no of people come to mosque = k( no of day in Ramadan)
k = constant...
so, no of people come to mosque always increase with the no of day in ramadan...
formula nie kita nak!!!!!
tapi realitinya sekarang....formula nie x mgkin wujud selagi kita:
1. tak berasa takut denagn Allah...
2. x rase sedih bila ramadan akan berlalu..
3. menurut hawa nafsu...
begitu juga ana, sering leka dengn duniawi.....makin memasuki fasa2 akhir ramadan, makin menjadi-jadi malasnya.....sama2 lah kita membaiki diri....byk2 bertaubat....
jadi,ana myeru kpd diri ana sendiri dan kwn2 ana di luar sana.......
mari lah kita sama2 bertgkus lumus beribadat kpd Allah.....rebutlah berkat bulan Ramdan ini....
ramai2 pkat2 memenuhi masjid..insyaAllah...wassalam.





















Monday, August 31, 2009

pengalaman pertama tulis blog


salam....
nie kali pertama ana menulis blog.....

kawan2 ana juga mengutuk ana......kwn2 kata ana menulis blog sebab dipengaruhi oleh seorng perempuan.....( sebab dapat novel dari perempuan)

kawn 2 ana kata ana jatuh cinta pada perempuan tu.............
tapi semua tu merepek.........tapi novel tu sangat menarik jalan ceritanya.

ana nk bljar tulis blog sebab mcm blog nie macam penting je.....cewah!!!! betul ke?...agaknya kot.....hehe...

pada 9 Ramadan nie....bermulalah era blog ana...kwn2 tolonglah bg tunjuk ajar nak buat blog nie lebih menarik dan berfaedah.....mekasih..


Selamat mymbut Ramadhan Al-Mubarak...wassalam